PUTRAJAYA:Duti eksais bagi peranti rokok elektronik, peranti rokok bukan elektronik dan cecair atau gel rokok elektronik termasuk tanpa nikotin, dikenakan semasa pengimportan dan pelepasan daripada pengilang tempatan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata peranti rokok elektronik dan peranti rokok bukan elektronik akan dikenakan duti eksais pada kadar 'ad valorem' 10 peratus manakala cecair/gel rokok elektronik dan cecair/gel vape yang tidak bernikotin pada kadar 40 sen bagi setiap mililiter (ml).
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata pengilang tempatan juga perlu dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 dengan bayaran lesen sebanyak RM4,800 setahun manakala bayaran lesen gudang di bawah Seksyen 25 Akta Eksais 1976 adalah sebanyak RM2,400 setahun.
"Pengilang-pengilang tempatan hendaklah membuat permohonan lesen di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon/Negeri di mana lokasi premis kilang/gudang sebelum 15 Disember 2020," katanya.
Menurut Abdul Latif, antara dokumen yang diperlukan ialah surat permohonan lesen eksais, borang JKDM No. 1, sijil pendaftaran perniagaan atau syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Turut diperlukan adalah dokumen senarai bahan mentah, senarai barang siap, carta alir proses pengilangan, kapasiti pengeluaran setahun dan pengakuan mengenai kandungan nikotin dalam cecair atau gel rokok elektronik.
"Pemegang lesen dikehendaki mematuhi syarat-syarat pelesenan dan mengemukakan jaminan bank untuk menjamin keselamatan hasil duti atau cukai," katanya.
Beliau berkata bagi maklumat lanjut, pengilang boleh merujuk soalan-soalan lazim mengenai perkara itu di http://www.customs.gov.my/ms/pages/utama.aspx.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 08 2020
Pengilang tempatan juga perlu dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 dengan bayaran lesen sebanyak RM4,800 setahun. -Gambar fail
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda
Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Rakyat Malaysia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura
Ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa.
Polis nafi 10 kematian akibat magic mushroom di Kuala Selangor
Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kematian 10 remaja lelaki akibat menghisap rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushroom' seperti dakwaan yang tular menerusi media sosial.
GEG: Pengguguran dari akta kawal rokok tiada kaitan tindakan pelobi industri
Pengguguran Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape.
New Zealand haramkan vape pakai buang
Di bawah peraturan baharu, denda bagi peniaga yang menjual rokok elektronik kepada mereka di bawah umur 18 tahun juga akan meningkat.
Penggunaan vape dalam kalangan wanita meningkat - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati penggunaan vape atau rokok elektronik menampakkan trend peningkatan termasuk dalam kalangan wanita, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KPM teliti cadangan peraturan khas bendung pelajar hisap vape
Kementerian Pendidikan Malaysia meneliti cadangan mewujudkan peraturan khas bagi membendung trend penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah.
Ambil teladan dari negara progresif seperti Jepun
Dalam tempoh tujuh tahun, 73,826 perokok menyertai program berhenti merokok dan hanya 16,930 atau 23 peratus berjaya berhenti selepas enam bulan.
Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.